Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
122,531
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 33

UMAR meneruskan niat ke kampung kelahirannya samada dengan kehadiran Mimi ataupun tidak. Semakin lama isterinya melawannya, semakin mudah Umar membuat keputusan untuk membiarkannya. Jika isterinya sendiri tak mampu menghormatinya, jadi buang masa untuk terus menagih kasih. Tuahnya, Aqi dan kembarnya setia berada di sebelah untuk menemaninya balik ke kampung kelahiran, jadi itu cukup sebagai motivation boost.

Bila tiba di kawasan perkuburan, Umar tidak jumpa kubur ayahnya mulanya. Hingga dia terpaksa menebalkan muka meminta tolong orang kampung yang penuh di situ.

"Ismail? Siapa?"

"Ismail mana ni?"

"Kau Umar Darius? Aku tak pernah kenal orang yang bernama Umar Darius..."

"Umar... Umar... anak Ismail... siapa Ismail...??"

"Ayah pernah kena tangkap polis sebab kesalahan membunuh..." Hint diberi, dan barulah beberapa orang tua di situ cerah akal.

"Aku ingat dah! Ismail yang tu...! Dia ada anak lelaki—haah, aku ingat! Budak Umar yang rempuh orang kampung dengan kerbau dia tu, kan?!"

Umar memekam bibir. Dibiarkan Aqi dan anak-anaknya merenungnya dengan tanda soal, manakala dia menggangguk pada lelaki beruban berkopiah di depannya.

"Ni siapa? Isteri kau?"

"Erk—"

"Dua orang ni anak-anak kau la ye? Ya Allah, dah besar panjang kau Umar. Cari kubur Ismail ye? Kenapa baru balik sekarang? Kejap, aku rasa ada je yang lain... yang tahu kat mana Ismail dikuburkan..."

Lalu mereka berbincang sesama mereka, mencari siapa yang tahu kedudukan kubur yang hilang. Pada masa yang sama, orang kampung kecoh kerana Umar dah balik ke lubuk. Berkat bantuan orang kampung, Umar akhirnya menemui dua batang kayu ditengah-tengah rumput liar. Dua batang kayu itu dah reput menunggu tenggelam ke tanah, tanda kubur tersebut terbiar lama dan langsung tidak dijaga.

Orang kampung membiarkan Umar mencangkung di sebelah kubur tersebut. Kayu disentuh macam menyentuh kepala orang tuanya, dan rumput-rumput dicabut macam membersihkan badan ayahnya yang dah tua.

"Ayah... Mar dah balik..." ujarnya dengan mata berkaca. Kemudian dipanggil Aqi dan anak-anaknya untuk mengelilingi kubur tersebut dan membaca yasin bersama-sama.


UMAR memutuskan untuk menginap di kampung itu untuk satu malam bagi membaiki kubur arwah ayahnya. Disokong sepenuhnya oleh Aqi dan dituruti secara terpaksa oleh anak-anaknya. Malah, orang kampung juga menerima kehadiran Umar dan keluarganya dengan meriah. Ketua kampung turut offer diri menyediakan bilik untuk kediaman sementara serta baju lebih supaya tetamunya lebih selesa.

Alang-alang berada di kampung kelahirannya, Umar berlembut hati bermesra dengan warga kampung, malah lepak di masjid sebelum lepak di mamak dengan mereka.

"Meriam buluh?"

"Ha'ah. Anak lelaki saya tak pernah jumpa meriam buluh."

"Hok aloh, orang KL ni..."

"Hahaha..." KL pun KL, lah!

Untung nasib, Emir dan Ami juga dapat pengalaman baru untuk dicatit dalam logbook kehidupan mereka.

Hingga lewat malam, barulah pakcik-pakcik itu bersurai. Umar ikut ketua kampung balik ke rumahnya. Suasana rumah dah gelap, tetapi dia nampak anak bujangnya tidur di sofa. Ami entah di mana. Mungkin tidur dengan emaknya. Umar baru nak berbaring di ruang tamu, tetapi dihalang ketua kampung.

"Masuklah bilik kau. Isteri pakcik dah kemaskan petang tadi."

Oh. Dia dapat katil? Yay!

Umar terus bergerak ke bilik tidurnya seperti yang ditunjukkan ketua kampung, hanya untuk melihat Aqi sedang duduk di katil. Baru selepas mandi, tengah berkemban dengan batik serta sedang mengelap rambut yang lembap.

Mereka berpandangan.

"Terima kasih rezeki ya Allah. Bismillahirrahmanirrahim... " Umar merapat laju.

"KAU KELUAR!!"

"Haipp... jangan memekik dalam rumah orang," balas lelaki itu. Tenang sekali. Malah selamba sekali duduk di sebelah Aqi.

Wanita itu mengeras seketika. Kedudukan batik di dada dipegang sambil menentang muka kacak itu. Jika sebelum ini dia boleh buat selamba tak peduli, tetapi kali ini nalurinya menggigit-gigit bila berada dalam situasi begini. Tambah-tambah sepasang mata hazel itu merenungnya seakan cuba menelanjangkannya. Aqi melarikan wajah.

"Mar... janganlah..."

Si lelaki hanya tersenyum, lagi-lagi muka Aqi dah bertukar warna. Wangi tubuh itu juga menggigit-gigit nalurinya. Dia sepatutnya menjauh sekarang, tetapi dia masih mahu mengusik. "Sejak bila pandai malu sebab berkemban depan aku, hahaha..."

Makin jauh dia tertunduk. "Sekarang dah lain..."

"Lain macammana..." Makin jauh juga Umar mengejar wajah itu.

"Mar...!" Makin takut.

"Hahaha... rilekslah. Aku takkan sentuh... Kau tenang, okay?"

Datar suara itu membuat Aqi menelan nafas. Lambat-lambat dia menjeling, melihat rahang berjambang yang rapat di sebelah mukanya. "Kau sure kau boleh tahan tak sentuh aku?"

"Aku honestly tak sure..." ujarnya, selajur memaut jari kelingking Aqi di atas katil dengan jari kelingkingnya.

Nafas terlepas spontan. Bongok la dia ni.... Entah kenapa, dia nak tertawa pula. Hati dikukuhkan nak melawan Umar, lalu dia melangut ke muka si kacak. Bila mata mereka bertemu, darahnya berderau lagi. Renungan mata hazel itu redup sekali, sekaligus membawanya ke awangan. Dia cukup kenal perasaan yang datang ini. Debarannya halus, namun hangat. Inilah perasaan yang menjadi faktor Ami dan Emir dilahirkan. Perasan anak mata itu turun ke mulutnya, Aqi yakin Umar sedang merasai ribut perasaan yang sama dengannya sekarang.

"Don't..." bisiknya.

Kepala Umar terhangguk sedikit. Akur dengan teguran si wanita, tetapi wajah tetap dirapatkan tanpa menyentuh bibir itu. Hembusan nafas Aqi terus membuat bulu romanya meremang. Bunyi siren amaran membingitkan kepalanya.

Dan imannya.

Kalau boleh, kejadian di tingkap rumah Aqi jangan diulang. Tambah-tambah sekarang mereka sedang berdua-duaan dalam bilik tidur siap duduk bersama atas katil!! Tadi kau bodoh sangat nak mengusik Aqi. Nah, mendapat!

"Kau tak declare kita bukan suami isteri masa mereka bagi bilik tidur ni?" soalnya perlahan sambil menemukan bahunya dengan bahu Aqi. Melihat Aqi tidak melawan, tangan yang memaut jari kelingking Aqi tadi terus memegang seluruh jemari runcing itu.

"Not a good strategy nak mengaku kita bukan couple dekat orang kampung... urusan kau nak baiki kubur ayah kau pun jadi susah kalau mereka pandang kau selek..."

"Good judgement. Jadi kalau aku tidur dengan kau... mereka takkan bising..."

"Aku yang bising..."

"Taknak aku tidur dengan kau?"

"Taknak..."

"Kenapa taknak? Kau tak rindu aku?"

"Mar..."

"Hahaha..." Lalu dahi mereka ditemukan. Mata dipejam dan nafas ditahan sebaiknya, menahan sekali gelora hati yang mengganas ketika ini. Betapa dia mencintai perempuan ini, ya Tuhan.... "If we're in a physical relationship, aku dah cium-cium kau sekarang..." lirihnya.

"If we're in a physical relationship, believe me, aku dah bukak batik aku sekarang."

Otak Umar meletup terus bahana imej tersebut. Sepantas kilat dia melompat dari katil dan terus keluar dari bilik itu, meninggalkan Aqi tertawa menang. Tau takut. Tetapi sentuhan Umar masih bersisa hingga membuat tulang belulangnya lemah. Dengan muka berbahang, Aqi berbaring. Pintu bilik tidur itu direnung, merenung sekali lelaki itu yang dah melarikan diri ke mana entah. Debar hatinya langsung tidak berkurang walau sedikit.

Tanpa diketahui Aqi, Umar sedang bersandar di pintu bilik. Buku lima digigit, juga sedang menahan debar. Tahap dasyatnya sampai nak meletup jantungnya. Lalu Umar terduduk mencangkung. Tangan kiri menggenggam dadanya manakala tangan kanan dilipat melindungi kepalanya. Muka turut dibenam ke lutut. Panas mukanya langsung tak kebah-kebah. Lain kali jangan main-main dengan wanita itu....

Aqi bercakap benar. Jika dia nak, dia boleh rampas Umar dari Mimi dalam tempoh lima minit. Mimi patut bersyukur Aqi benci digelar perampas.

Lalu malam itu kedua-duanya tak boleh tidur.


TAK perlu buka takbir di TV, dia dikejutkan dengan laungan azan dari surau, disusuli takbir raya yang langsung tidak berhenti. Bukan rakaman radio juga, tapi betul-betul takbir dari warga kampung. Sekali sekala, dia dengar juga bunyi ayam mengokok. Bunyi orang berjalan, lampu yang terbuka, serta bau wangi masakan dari dapur memanggil Emir untuk terus bangun. Dingin Subuh turut menusuk ke tulangnya, membuat Emir menggosok lengan menahan sejuk.

Perasan ayahnya berbaring di lantai, dia mengerut dahi. "Ayah tidur kat lantai?"

"Ma kau tak bagi ayah tidur dengan dia," jawab Umar dengan mata yang masih terpejam. 

Lah, dah bangun? Tapi apa benda miang la orang tuanya ni niatkan. "Ayah kena kahwin dengan ma dulu baru boleh tidur sebilik."

"Ayah tengah tidur sebilik sekatil sebantal dengan dia dalam kepala ayah."

Emir give up. Dia menoleh bila melihat seseorang melalui ruang tamu.

"Eh, ma. Awal bangun?"

Umar terduduk terus macam direnjat elektrik. Aqi dan Emir pula terus berbual.

"Ma nak ambik wuduk..."

"Oohh tidur okay tak?"

"Ma tak boleh tidur..."

"Sebab bunyi azan?"

Umar menoleh ke belakang. Berderau darahnya bila Aqi memandangnya. Malah muka itu nampak terkejut.

"Kenapa tidur kat lantai?" soal si wanita.

Debar yang menggila terus ditahan. "Kau halau aku..." balasnya, cuba bergurau. Bila Aqi tertawa nipis, Umar mengetap gerahamnya, terus menahan rasa hati yang kian merinding. Allahurabbi.... Kenapa kesan merantau bersama-sama membuat hati makin meribut??

"Kenapa tak tidur kat sofa?"

"The curse of long leg..." Kakinya diisyaratkan.

"Kau boleh baring kejap kat katil kalau nak..."

"Aku taknak..." balasnya laju, sekaligus membuat air muka Aqi berubah. Umar lekas membetulkan ayat. "Maksud aku, aku tak boleh... kau baru tidur kat situ... aku sure katil tu masih panas dengan badan—aku memang tak boleh... aku harap kau faham..."

Dan Aqi sememangnya faham. "Aku tak boleh tidur, though..."

"Aku pun."

Berpandangan lagi. Masing-masing memahami derita di hati tanpa perlu dilisankan. Aqi lekas mengundurkan diri dan beralih ke tandas, manakala Umar terus merenung tanpa kelip. Mulut dibuka, mencari nafas, tetapi dia seakan lupa nak bernafas. Ya Rabbi... dia tak jangka akan lalui dugaan sebegini dalam trip ini....

"Ayah," panggil Emir, membuat Umar tersedar dari lamunan. Barulah dia menemui nafasnya sebelum menoleh pada si anak lelaki. "Ma cakap ayah dengan ma tak boleh mengaku sebagai duda janda kat sini. Dia taknak orang kampung fikir bukan-bukan."

"Jangan mengaku duda janda?"

"Maksudnya kena menyamar jadi suami isteri yang sah."

Bibir dikemam. "Ayah rasa dia ada mention malam tadi..." ujarnya, kembali menoleh ke pintu tandas.

Lalu si anak menyengih. "Ayah jangan ambik kesempatan pulak."

"I tried. Tapi backfired. I didn't expect it at all..." Perhatian teralih bila ketua kampung datang padanya. Dia dan Emir diajak untuk solat di surau, dan Umar menerima ajakan itu dengan besar hati.

Trip raya kali ini nampaknya ialah dugaan terbesar yang pernah dilalui selepas pertemuan semula dengan Aqi. Dia perlu meminta kekuatan dari langit untuk berdepan dengan dugaan perasaan sehingga mereka balik ke Melaka. 


KETIKA itu matahari baru naik ke dada langit. Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Suhu kampung masih dingin, namun suasana kampung sudah pun meriah. Bagi membalas jasa keluarga ketua kampung yang membenarkan mereka bermalam, Aqi menolong menyidai baju mereka. Ami pula mencangkung di tepi, masih tidak biasa dengan road trip adhoc yang dibuat ayahnya.

Lelaki itu dengan anak lelakinya pula dah pun menghilang seawal Subuh tadi. Katanya mereka solat sekali di surau kerana diajak ketua kampung, tetapi selepas tu merayap entah ke mana.

Semasa Ami mencapai limit sabar kerana rimas dan tidak selesa, Umar akhirnya muncul dengan Emir. Anak lelakinya menunggang motosikal EX5 manakala si bapak membonceng di belakang. Tshirt dah melayang meninggalkan singlet putih pada tubuh sasanya, manakala kopiah putih di kepalanya. Parang di bakul moto manakala cangkul direhatkan merentangi bahu bidangnya. Bila Umar turun, lelaki itu rupanya memakai kain pelikat.

Aqi beralih dari ampaian dengan senyum yang tertahan. Pandangan matanya tidak patah dari merenung Umar yang berjalan ke arahnya. Ami pula mendekati abangnya, bertanya bila masa si abang boleh menunggang motosikal.

"Dapat moto dari mana?" soal Aqi, masih dengan senyum.

"Orang kampung bagi pinjam. Emir fast learner. Aku baru ajar sekejap, dia terus boleh bawa motosikal."

"Aha... korang dari mana pula?" soalnya, terus memandang outfit Umar atas bawah. Berselipar croc lusuh dan dikotori rumput dan tanah juga.

"Kubur ayah. Kami cantas apa yang perlu, lepas tu aku tambah tanah sikit..." Cangkul dipindahkan ke tanah. Kemudian Aqi dipandang. Wanita itu masih tidak berkelip melihatnya atas bawah. Kemudian tiba-tiba wanita itu mengangkat tangan ke pipinya. Mungkin ada kotor, kerana ibu jari Aqi menyapu sesuatu di pipinya. Okay, sentuhan ini sesuatu yang mengejut. Kemudian mata hitam itu memandang matanya kembali. Agak lama pandangan mereka bertemu. Malah renungan wanita itu redup sekali. Jiwanya bergetar, cuma lebih terkawal jika dibandingkan dengan pagi tadi. Namun Umar tetap keliru dengan layanan Aqi padanya pada pagi ini.

"You fall in love with me or something?" soalnya akhirnya.

Kening wanita itu terloncat. "No... muka kau kotor..." Tangan ditarik semula. "Sorry kalau kau tak suka."

"Eh tak, aku suka!" Tangan Aqi dicapai dan diletakkan ke mukanya kembali. Aqi tergelak kecil. "I mean... kau mesra semacam..."

"Well... kita sepatutnya berlakon jadi suami isteri, kan?"

Sebab itu? Kening kiri dijungkit. "Kalau betul bini aku, kau bawakkanlah aku air sebab aku haus ni."

"Okay..."

Halus sekali suara itu menyahut. Umar terperanjat sedikit melihat ketaatan itu.

"Nak air apa?" soal Aqi sebelum masuk ke rumah.

"Err... air manis."

Senyum diberi pada lelaki itu sebelum menghilang. Si lelaki yang jarang menerima layanan mesra dari wanita yang bergelar isteri, lalu memandang kembarnya dengan muka pelik. "Ayah handsome ke pagi ni?"

Kembar bermata hazel itu sama-sama merenungnya. "Macam orang kampung," komen Emir.

"100%," tambah Ami.

"Ma kau layan ayah elok benar," ujar Umar pula. "Ayah janggal sikit."

"Ye ke? Elok macammana?"

"Dia buang kotor kat muka ayah. Dia senyum. Tak dipaksa-paksa. Dia nak ambikkan air..."

Serentak juga kening kembarnya terjungkit. "Ma ambikkan air untuk ayah?? Dengan kitorang pun dia tak ambikkan air."

"Kan! Ayah tak pernah dapat treatment elok macam ni..."

"Eh? Aunty Mimi pernah ambikkan ayah air bila ayah penat kerja tak?"

Umar mendehem. Percuma bini kena sindir. "Ayah nak test dia lagi kejap lagi. Bagi idea sikit?"

"Ayah tidur lantai malam tadi, kan? Cakaplah ayah sakit tengkuk ke... sakit bahu ke... tengok dia respon macammana," sengih Emir.

"Cool."

"Ataupun ayah minta je apa-apa. Tengok sejauh mana ma layan," sengih Ami pula.

"That, I like," sahut Umar lagi.

Itu yang dirancang mereka tiga beranak, itulah yang dilakukan untuk test Aqi, dan hasilnya membuat mereka semua terpegun. Aqi benar-benar menjalankan lakonannya sebagai isteri dengan cemerlang. Baik sekecil-kecil hal macam hidangkan sarapan, atau seleceh-leceh permintaan macam basuhkan pinggan, atau buatkan air, atau gosokkan baju semalam yang baru kering, atau permintaan mengarut macam urutkan lehernya ataupun pakaikan butang baju melayunya.

"Kau memang baby macam ni dekat Mimi ke?" getus Aqi geram semasa memasang butang baju melayu itu. Emir dan Ami yang memerhati dari sofa dibiarkan sepenuhnya.

"Kau memang solehah macam ni dekat bekas laki kau, ke?" soal Umar pula, merenung muka cantik di depannya. Terus terang, dia mula mengangankan Aqi sebagai isterinya sekali lagi.

"Kerja gila melayan Chan macam ni. Aku buat kat kau je, sebab aku sayang kau," sengihnya selamba. Umar menerima komen itu dengan senyum kecil. Aqi terus beralih bila dia selesai memasangkan butang baju melayu lelaki itu. Umar pula menjungkit double jerk pada anak-anaknya, dan disambut kudos oleh kedua-duanya. Mereka menyukai apa yang dilihat sekarang ini. Hanya dengan mengajak beraya bersama, mereka melihat ibu ayah mereka belajar untuk saling menyayangi semula tanpa sekatan. 

Umar merapati wanita itu lagi sambil menggaru belakang kepala yang tak gatal. Rasa sayang nak lepaskan lakonan sebagai suami Aqi. Dia rasa macam taknak balik. "Walaupun kau main-main ataupun berlakon, aku honestly rasa paling bahagia dalam masa jadi husband palsu kau separuh hari ni."

Aqi tidak menjawab kerana tertoleh-toleh mencari sesuatu. Lelaki itu merapat lagi.

"Kenapa?"

"Mana kopiah kau..."

"Aku mana ada kopiah."

"Eh? Yang kau pakai pagi tadi?"

"Pak imam bagi pinjam. Dia cakap aku nampak handsome."

Aqi automatik menoleh bersama ketawa, menyebabkan Umar terpegun. Tanpa sebarang sebab yang difahami, lelaki itu akhirnya mengerti kenapa hatinya merasai debar yang konsisten sebegini sekali.

"Biar betul?? Hahaha!" 

"Haha... betullah... Satu lagi sebab dia suruh aku imamkan solat pagi tadi..." jelasnya akhirnya, kali ini bersama senyuman lembut.

"Kau jadi imam solat Subuh?"

Kepala diangguk. "Kadang aku imam kat masjid kat taman kita. Kau tak tahu?"

Kening wanita itu terjungkit tinggi. "Then how come perangai kau macam setan?"

Kembar yang masih mencuri dengar itu pecah gelak. Automatik tangan Umar membuat headlock pada si wanita. Aqi turut tergelak kuat.

"Aku suka tengok kau pakai kopiah... terpegun juga la pagi tadi."

"Lah yeke... aku tak tau kau suka gaya-gaya pak imam."

Aqi gelak lagi. "Bukan masalah gaya pak imam, tapi kau nampak cute."

"Jangan panggil aku cute, Aqi..."

"Hahaha serius. Comel gila. Dengan kain pelikat lagi... hahahah!"

"Pergi tunggu kat kereta sana!"

"Hahaha. Progress kubur ayah kau macammana?"

"Aku letakkan kayu baru sebagai nisan sementara. Kita balik ni, aku order batu nisan yang proper. Cuma aku kena selidik bila tarikh sebenar dia meninggal untuk aku letakkan dekat batu nisan dia. So, aku kena balik sini semula dalam masa terdekat..."

Aqi tersenyum lagi. "Kau sayangkan ayah kau, eh..."

"Dia jaga aku dari orang kampung sebelum dia diangkut polis, Aqi.... Aku tak ingat jenayah dia sebenarnya, tapi masa tu kami kena pulau teruk oleh orang kampung. Memori tu aku ingat sampai sekarang..." luahnya sambil menggelengkan kepala, tanda kuatnya emosi yang dirasai semasa zaman tadika itu. "Kalau Bang Farid tak jumpa aku, aku rasa aku pun dah jadi pembunuh sekarang. Si taiko tu pun berhabis disiplinkan aku dengan tangan dia sebab dia taknak aku ikut jejak ayah aku..."

Aqi menelan liur, menelan ironi yang cukup keras berduri. "Well... you're a good son... and a good father too..." Lengan Umar ditarik supaya menunduk, lalu rambut cacak itu diusap-usap. "Aku nak kau tahu yang aku bersyukur anak-anak aku lahir dari genetik kau, Umar Darius. Mereka sihat lasak macam ayah mereka, handsome kacak macam ayah mereka, otak cerdas dan geliga macam ayah mereka... hati baik macam ayah mereka... walaupun baran macam ayah mereka juga..."

Ketawanya terlepas. Halus sekali, menikmati bahagia yang benar-benar tulen. Dia benar-benar taknak balik ke Melaka. Dia mahu terus duduk di kampung ini dan menjadi suami palsu Aqi sampai mati.... Tapi wanita yang mengandungkan bayinya masih di sana... wanita yang tak pandai menghormatinya itu... yang enggan menerima anak-anaknya... wanita yang enggan dididik sekalipun. Beratnya rasa hati disimpan sendiri. Ibu jarinya dicium sebelum dipindahkan ke bibir Aqi. Disapunya lembut.

"I love you..."

Aqi gamam, termasuk juga dengan kembar itu yang memerhati dari tadi. Umar memang gemar memuji tiba-tiba, tapi pilihan ayat kali ini jauh lebih destructive dan kesannya sampai muka Aqi bertukar merah padam dan keras sendi tubuh. Hatinya terasa dipanah cinta sekali lagi. Kali ini akan membuatnya lemas sampai ke sudah.

Senyap seketika antara mereka. Janggal. Dua-dua tak tahu nak berfungsi macammana. Budak-budak itu pun terlalu kelu nak mencelah dan merosakkan mood jiwang yang dicipta ayah mereka. Hinggalah ketua kampung tiba-tiba memunculkan diri di ruang tamu itu, barulah the focus shifted.

"P-pergi tunggu kat kereta. Aku nak jumpa ketua kampung kejap..." ujar Umar dengan lagak selamba dan tenang walaupun telinga yang merah langsung tak dapat disembunyikan.

"Emm..." Dia menurut. Anak-anaknya dipandang dan diajak ke kereta. Berat sedikit rasa hati nak balik ke Melaka, lalu Aqi menoleh pada Umar lagi. Lelaki itu masih merenungnya. "B-buluh untuk buat meriam... aku dah letak dalam bonet tau..."

Tersenyum si lelaki dibuatnya. "Mantap. Nanti kita letupkan vila."

Gurauan itu dibalas dengan senyuman manis sebelum kembali melangkah. Emir dan Ami yang senyap dari tadi hanya mengekori dari belakang sambil terus memerhati orang tua mereka.

"I smell kenduri kahwin," bisik Ami.

"Lets hope mood romantik dorang kekal sampai ke rumah..." bisik Emir.

Amiiinn....


Previous: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena